Fungal acne dan Malassezia Folliculitis
FUNGAL ACNE ? “Dah pakai macam-macam produk dari yang murah sehinggalah kepada produk yang mahal tapi jerawat masih tak sembuh-sembuh” Hah! Korang pernah tak mengalami perkara seperti di atas, dah bermacam produk korang pakai tapi ‘still’ jerawat tak hilang. Ada kemungkinan jerawat korang memang parah jauh ke bawah kulit dan perlukan rawatan dari pakar kulit atau korang pernah dengar tak ‘fungal acne’ atau dalam Bahasa dipanggil ‘jerawat kulat’ ? Jom kita kenali apa itu jerawat kulat dan apa bezanya dengan jerawat biasa. Apa sebenarnya jerawat kulat (fungal acne) ini ? First of all, korang kena tahu ia sebenarnya bukanlah jerawat tetapi merupakan masalah kulit dan diberi nama khas ‘ fungal acne’ kerana masalah kulit ini adalah disebabkan kulat (fungal) dan mempunyai ciri-ciri seperti jerawat biasa. Secara saintifik ‘ fungal acne’ disebut pityrosporum folliculitis atau malassezia folliculitis dan masalah kulit ini disebabkan oleh ragi(yeast) yang dikenali se