Fungal acne dan Malassezia Folliculitis

FUNGAL ACNE ?

 

“Dah pakai macam-macam produk dari yang murah sehinggalah kepada produk yang mahal tapi jerawat masih tak sembuh-sembuh”

 

Hah! Korang pernah tak mengalami perkara seperti di atas, dah bermacam produk korang pakai tapi ‘still’ jerawat tak hilang. Ada kemungkinan jerawat korang memang parah jauh ke bawah kulit dan perlukan rawatan dari pakar kulit atau korang pernah dengar tak ‘fungal acne’ atau dalam Bahasa dipanggil ‘jerawat kulat’? Jom kita kenali apa itu jerawat kulat dan apa bezanya dengan jerawat biasa.

 


Apa sebenarnya jerawat kulat (fungal acne) ini ?

First of all, korang kena tahu ia sebenarnya bukanlah jerawat tetapi merupakan masalah kulit dan diberi nama khas ‘fungal acne’ kerana masalah kulit ini adalah disebabkan kulat(fungal) dan mempunyai ciri-ciri seperti jerawat biasa.

Secara saintifik ‘fungal acne’ disebut pityrosporum folliculitis atau malassezia folliculitis dan masalah kulit ini disebabkan oleh ragi(yeast) yang dikenali sebagai malassezia, yang diklasifikasikan sebagai kulat di dalam folikel rambut.

Penyebab terjadinya ‘fungal acne’

Untuk pengetahuan korang, ragi(yeast) yang dikenali sebagai Malassezia ini hidup di bawah kulit semua orang. Ia akan menjadi masalah kulit apabila keseimbangan hilang dan menyebabkan keradangan. Banyak faktor yang boleh menyebabkan ragi ini menjadi tidak seimbang di kulit kita antaranya ialah;


 1. Pengeluaran sebum yang berlebihan

Ketika kita berkegiatan dan menghasilkan banyak keringat dan menggalakan minyak iaitu sebum terhasil. Jika berpeluh sebaiknya jangan terus tidur adalah lebih baik membersihkan diri terlebih dahulu, kerana Malassezia sangat menyukai minyak


 2. Cuaca panas

Seperti yang korang tahu, kita lebih cepat berpeluh pada waktu panas, so cuaca yang panas akan menggalakkan tubuh memproduksi minyak. Sekali lagi, Malassezia sangat menyukai minyak.


 3. Skincare product

Sesetengah produk penjagaan muka mengandungi bahan yang disukai oleh Malassezia. Sebagai contoh fatty acid (lauric acid, myristic acid, palmitic acid, stearic acid, Oleic acid, linoleic), oils, coconut oils, benzoyl peroxide dll. So, sekiranya korang menghidap penyakit kulit ‘fungal acne’, adalah lebih baik cek dulu bahan yang terdapat dalam skincare sebelum beli.

Watch for ‘ingredient to avoid if you have fungal acne’

https://www.youtube.com/watch?v=E9zALH_zI5Y


 4. Antibiotik (Bakteria kurang, kulat bertambah)

Terdapat banyak kertas penyelidikan peerubatan mengatakan dengan memakan ubat antibiotic dalam jangka masa yang panjang memang mengurangkan bakteria dalam tubuh namun dalam masa yang sama ia menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan pada kulat(fungi).

 ______________________________________________________________________________

Mengapa fungal acne di salah anggap sebagai jerawat? Kerana ciri-ciri Malassezia folliculitis yang seakan-akan jerawat. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa perbezaan yang boleh korang cek untuk mengetahui sama ada jerawat yang dihidapi adalah jerawat biasa ataupun ‘fungal acne’.



Korang mungkin menghidapi ‘fungal acne’ sekiranya jerawat korang tak sembuh-sembuh walaupun sudah menggunakan pelbagai produk. Ini kerana ‘fungal acne’ tidak akan sembuh dengan menggunakan ubat jerawat biasa, kerana ubat jerawat biasanya hanya mengandugi antibiotik manakala ‘fungal acne’ memerlukan ubatan atau rawatan khas untuk kulat.

2.  Biasanya ‘fungal acne’ akan terasa gatal berbeza dengan jerawat biasa yang di sebabkan bakteria yang jarang berlaku.

3.    Boleh terlihat melalui perbezaan size. ‘Fungal acne’ terlihat seperti benjolan kecil yang berisi nanah dan mempunyai size yang hampir sama kesemuanya manakala jerawat yang disebabkan bakteria pula boleh menyebabkan pelbagai jenis jerawat seperti whitehead dan blackhead dan mempunya size yang berbeza.

4.    Jerawat kulat sering muncul dalam kelompok jerawat yang banyak dan bersize kecil. Jerawat bakteria pula kurang berkerumun dan lebih jarang.

 

 Semoga bermanfaat 😊

 

Lampiran rujukan; more to read

https://www.healthline.com/health/all-about-fungal-acne#takeaway

https://www.youtube.com/watch?v=REEBRu49_B4

Skin care product to clear fungal acne by Dr. Dray;

https://www.youtube.com/watch?v=bhVESPApM-0&t=6s

 

Comments

Popular posts from this blog

HARUS TAHU JENIS JERAWAT UNTUK RAWATAN YANG BETUL !!!