HARUS TAHU JENIS JERAWAT UNTUK RAWATAN YANG BETUL !!!

Hola😊pasti segelintir ehh!! Chop chop..rasanya hampir semua wanita di muka bumi ni akan ‘concern’ dengan masalah kulit terutama sekali kulit bahagian wajah, betul atau tidak? Apa tidaknya, bila kita bertemu dengan orang di luar sana, pasti.. sy ulangi PASTI kita beranggapan mereka akan melihat wajah kita dahulu kan apa lagi if pertama kali nak keluar date hehe,. so wajah itu merupakan aset penting untuk kita menaikan rasa ‘konfident’ kita untuk berdepan dengan orang lain.

 

Ada berbagai masalah kulit yang di alami, dalam ‘list’ masalah-masalah kulit yang ada, salah satunya ialah JERAWAT dan semestinya korang pasti mengenali si jerawat ni yang serius sangat menjengkelkan. Dalam blog kali ini saya akan menerangkan apa-itu jerawat dan jenis-jenis jerawat yang ada di muka bumi ini serta ciri-ciri jerawat tersebut, so korang boleh cek jerawat korang jenis yang mana.

SO, APA ITU JERAWAT?

Jerawat atau juga dikenali sebagai ‘acne vulgaris’ merupakan satu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak contohnya kulit muka dan kulit badan terutama sekali bahagian belakang.

Pori-pori kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dipanggil sebum. Sebum melembapkan dan melembutkan kulit, selain bertindak sebagai satu lapisan pelindung kulit. Punca utama jerawat ialah apabila kelenjar minyak anda menghasilkan sebum secara berlebihan. Minyak berlebihan ini menyumbat pori-pori dan sejenis bakteria, dipanggil P. Acnes, akan membiak di dalam folikel liang roma anda.

Untuk lebih mudah untuk korang faham, sis sertakan gambar rajah di bawah:

 


 


JENIS-JENIS JERAWAT ?

Terdapat 8 jenis jerawat yang boleh sis kongsikan disini:


1. Komedon (Comedones)

Komedo merupakan benjolan kecil yang muncul di pori-pori kulit, dan komedo ini bakal menjadi jerawat. So maksudnya komedo ini adalah ‘bump’ permulaan bagi jerawat. Biasanya muncul pada bahagian wajah, tetapi dapat juga muncul di bahagian tubuh lain seperti bahu, dada, dan punggung. Komedo tidak akan menyebabkan rasa sakit, kecuali komedo ini mengalami jangkitan kuman. Untuk pengetahuan anda, jangkitan kuman itu lah yang menyebabkan si komedo ini membengkak, kemerahan, dan terjadilah jerawat yang lebih parah.

 



2. Blackheads

‘Blackheads’ adalah komedo yang terbuka di permukaan kulit, kelihatan lebam kecil muncul di kulit kerana folikel rambut yang tersumbat. Jerawat jenis ini adalah jerawat jenis ringan, namun jika ‘blackhead’ ini di picit secara paksaan atau terdedah kepada jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih parah. So, jangan picit jerawat dengan paksaan or dengan jari yang kotor tu yer huhu…

Ia dipanggil sebagai ‘blackheads’ kerana permukaannya kelihatan gelap atau hitam. Gelap or hitam bukan disebabkan kotoran ya gais, tapi warna hitam terhasil dari pantulan cahaya yang tidak teratur yang berasal dari folikel rambut yang tersumbat.

 


3. Whiteheads

Berbeza dengan ‘blackheads’, ‘whiteheads’ merupakan komedo yang tetap tertutup di permukaan kulit. Ini berlaku apabila sel minyak dan kulit menghalang folikel rambut yang tersumbat daripada terbuka. Ia akan kelihatan seperti biji-biji kecil berwarna putih yang timbul di permukaan kulit, apabila dipicit akan keluar sesuatu seperti krim yang berwarna putih. Sama seperti ‘blackhead’, ia merupakan jerawat ringan namun akan menjadi parah sekiranya terdedah kepada jangkitan. Once again, no picit-picit….

 


4. Papula (Papules)

Komedon yang meradang, membentuk lebam merah atau merah jambu kecil pada kulit di panggil sebagai ‘papula’ atau dalam bahasa omputeh nya ‘papules’. Biasanya jerawat ini terasa padat tetapi tidak mengandungi nanah dan sakit apabila disentuh. Jerawat ini biasanya disebabkan oleh jangkitan komedo oleh ‘Propionibacterium acnes’, spesies bakteria yang biasanya menjajah kulit.

 



Propionibacterium acnes

Juga dikenali sebagai Cutibacterium acnes adalah bakteria aerodoleran, bakteria Gram-positif (batang) yang agak lambat tumbuh, biasanya berkait dengan keadaan kulit.

 

sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Cutibacterium_acnes#:~:text=Cutibacterium%20acnes%20(formerly%20Propionibacterium%20acnes,latter%20particularly%20following%20intraocular%20surgery.

 

      5. Pustula (Pustules)

Pustules adalah jenis jerawat yang meradang. Mereka menyerupai ‘whitehead’ dengan cincin merah di sekitar benjolan. Ini berlaku apabila liang-liang kulit mula tersumbat dengan minyak dan sel-sel kulit mati. Penyumbatan ini menyebabkan tompok-tompok kulit menggelembung dan menghasilkan pustula. Pustula biasanya mengandungi nanah berwarna putih atau kuning kerana jangkitan pada rongga pori. Jerawat pustula ni juga agak keras dan sakit.

 


      6. Nodul (Nodules)

Sekiranya jerawat yang korang alami sekarang kelihatan seperti benjolan kecil, meradang dan terasa keras/padat dan sakit apabila di sentuh atau ditekan maksudnya korang mempunyai jerawat nodul yang biasanya tumbuh jauh di bawah kulit. Dan jerawat jenis nodul ini tidak mempunyai kepala, maksudnya tidak ada benjolan putih atau bila dipicit tidak akan mengeluarkan nanah. Jerawat nodul juga merupakan salah satu kondisi jerawat yang dikira severe dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Biasanya ubatan ‘drug store’ kurang berkesan, pesanan sis better consult dengan Doktor pakar kulit (dermatologist) dan jangan sesekali rawat jerawat tu sendiri dengan mengambil ubat-ubatan tanpa saranan Doktor, takut jadi makin parah.

 



7. Kista (Cysts)

Jerawat kista merupakan jenis jerawat yang paling serius. Kista terjadi apabila dinding tisu kulit yang rosak dipenuhi oleh nanah yang kelihatan seperti bisul. Ini boleh terjadi akibat gabungan bakteria, minyak, dan sel kulit kering yang terperangkap di dalam liang roma anda. Memicit jerawat nodul juga meningkatkan risiko tisu kulit semakin rosak di bawah kulit dan juga meningkatkan lagi risiko jangkitan. That’s why memicit jerawat itu dilarang keras yer😊. Sama seperti nodul, kista sangat menyakitkan dan harus dirawat oleh pakar dermatologi. Orang yang mengalami nodul dan kista biasanya dianggap mempunyai jenis jerawat yang lebih teruk, mengambil masa yang lama untuk sembuh dan akan meninggalkan kesan parut.

 


Kesimpulannya;

Jika korang mempunyai kurang dari 20 whiteheads atau blackheads, kurang dari 15 lebam yang meradang, atau kurang dari 30 total luka maksudnya korang mengalami masalah jerawat yang ringan. Jerawat ringan biasanya dirawat dengan ubat topikal yang boleh didapati dari ‘over-the-counter(OTC)’ seperti farmasi, Watson atau guardian. Mungkin memerlukan masa sehingga lapan minggu untuk sembuh.

Sekiranya anda mempunyai 20 hingga 100 whiteheads atau blackhead, 15 hingga 50 benjolan meradang, atau 30 hingga 125 luka, jerawat anda dianggap sederhana. Boleh dirawat menggunakan ubat ‘over-the-counter(OTC)’. Sekiranya tidak berkesan, disarankan untuk berjumpa dengan dermatologi. Dermatologi biasanya mengesyorkan ubat preskripsi untuk jerawat sederhana hingga teruk. Mungkin memerlukan beberapa minggu untuk melihat peningkatan, dan jerawat anda mungkin kelihatan semakin teruk sebelum menjadi lebih baik.

Orang yang mengalami jerawat nodulocystic yang teruk mempunyai banyak kista dan nodul yang meradang. Jerawat boleh berubah menjadi warna merah tua atau ungu, maksudnya luka jerawat sudah jauh ke dalam bawah kulit dan selalunya mengambil masa untuk sembuh dan akan meninggalkan parut. Rawatan segera oleh pakar dermatologi dapat meminimumkan parut.

Pesanan sis, sekiranya korang mengalami jerawat ringan atau sederhana jangan ambil masa yang lama untuk merawat jerawat korang. Jangan tunggu sehingga jerawat menjadi parah. Jerawat yang parah sangat susah untuk dirawat, selain daripada mengambil masa yang lama untuk sembuh, ia juga memerlukan rawatan yang agak mahal. Semoga blog ini dapat membantu korang di luar sana. Terima kasih 😊.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Fungal acne dan Malassezia Folliculitis